Program Jom Membaca 2026

24 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2026, pihak NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) di bawah Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) telah dijemput untuk bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Tambun Tulang, para pelajar, serta tenaga pengajar dari Kolej Komuniti dalam penganjuran program Jom Membaca 2026.

Dalam program ini, pihak NADI telah menyampaikan taklimat berkaitan risiko keselamatan di atas talian, termasuk ancaman seperti penipuan siber, berita palsu, buli siber, dan langkah-langkah melindungi maklumat peribadi ketika menggunakan internet.

Sebagai penutup program, telah berlangsung pelancaran rasmi Program Jom Membaca. Semua peserta, termasuk pelajar dan tenaga pengajar, mengambil bahagian dalam aktiviti membaca selama 5 minit menggunakan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, dan bahan digital.

Program ini berjaya memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali